Thursday, 7 June 2018

8 Februari 2018 - Khidmat Ikhlas

Foto SMK Padang Terap, Kedah.Rajin betul Cikgu Razi, Cikgu Irwan dan pekerja pembersihan sekolah mencuci karpet bagi kegunaan solat untuk pelajar lelaki. Walaupun tidak mampu menyumbangkan wang ringgit yang banyak, sumbangan tenaga seperti ini pun adalah sangat dihargai.Foto SMK Padang Terap, Kedah.
Jika anda mahu menyumbangkan tikar, karpet atau sejadah bagi kegunaan solat, bolehlah berhubung dengan pihak pentadbir laman Facebook SMK Padang Terap; sumbangan untuk menambah saham akhirat kita insyaallah 
.Foto SMK Padang Terap, Kedah.

"Seminar Tamadun Islam dan Akhlak Islamiah"

"Seminar Tamadun Islam dan Akhlak Islamiah"
Tarikh : 15 Februari 2018
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Makan Asrama
Kendalian : Ustaz Fakhruddin
Hebat pelajar-pelajar 5 Amanah dalam membentangkan topik pembelajaran mereka pada hari berkenaan. Selari dengan Pendidikan Abad ke-21 (PA21), para pelajar kini sudah berani tampil ke hadapan dalam mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran mereka sendiri.
Guru-guru kini hanya bertindak sebagai "pemudahcara" kerana para pelajar abad ke-21 kini sudah mampu untuk berada di hadapan dan menjadi "guru" kepada rakan-rakan mereka.
Syabas dan tahniah diucapkan!
Foto SMK Padang Terap, Kedah.Foto SMK Padang Terap, Kedah.Foto SMK Padang Terap, Kedah.Foto SMK Padang Terap, Kedah.Foto SMK Padang Terap, Kedah.Foto SMK Padang Terap, Kedah.


PROJECT-BASED LEARNING (PBL)


Kelas : 5 Bakti
Topik : Kitar Nitrogen
Guru : Puan Nur Khairul Safrah Binti Jamri
Para pelajar kelas 5 Bakti 2018 telah membuat satu projek yang menarik pada tahun ini, iaitu Papan Carta Kitar Nitrogen bersama guru matapelajaran Sains mereka.
Apakah "Kitar Nitrogen" sebenarnya? Jom kita ulangkaji topik ini berdasarkan nota yang telah disediakan oleh Puan Safrah.
--------------------------------------------------------------------------
Foto SMK Padang Terap, Kedah.Foto SMK Padang Terap, Kedah.
Kitar Nitrogen adalah suatu kitar semula jadi yang akan menukarkan nitrogen di udara kepada sebatian nitrat oleh tumbuhan dan haiwan. Kita perlu tahu bahawa 70% daripada udara adalah terdiri daripada nitrogen. Akan tetapi, nitrogen ini tidak boleh terus digunakan oleh haiwan mahupun tumbuhan. Ianya perlu ditukarkan kepada sebatian nitrat dahulu. Jadi, siapakah yang menjalankan tanggungjawab ini?
Ada 3 keadaan yang boleh membantu menukarkan gas nitrogen tadi kepada bentuk yang boleh digunakan, iaitu melalui:
1) tindakan kilat (semulajadi)
2) Bakteria Pengikat Nitrogen (ada pada akar tumbuhan)
3) pereputan (penguraian kepada sebatian ammonium).
Sebatian nitrat yang dihasilkan kemudiannya akan digunakan oleh tumbuhan. Tumbuhan kemudiannya dimakan oleh haiwan. Haiwan kemudiannya akan mati. Proses pereputan pun berlaku. Haiwan yang mereput akan ditukar kepada sebatian ammonium. Sebatian ammonium akan ditukar kepada nitrat oleh bakteria penitritan. Kemudiannya, proses ini akan berulang. Inilah yang dikatakan Kitar Nitrogen!
Kepentingan Kitar Nitrogen:
1) memelihara kesuburan tanah
2) membekalkan nitrat kepada tumbuhan
3) mengekalkan keseimbangan nitrogen dalam udara.
Foto SMK Padang Terap, Kedah.Foto SMK Padang Terap, Kedah.Foto SMK Padang Terap, Kedah.


Dialog Prestasi SMK PT

Lawatan kerja Encik Abd. Aziz Bin Selaiman, Ketua Sektor Akademik di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah pada hari Rabu, 14 Februari 2018 yang lepas.
Banyak dapatan menarik dan berguna yang telah beliau kongsikan kepada pihak pentadbir sekolah semasa "Dialog Prestasi SMK PT". Semoga perjalanan warga kerja SMK Padang Terap akan menjadi lebih baik di masa hadapan insyaallah.

Foto SMK Padang Terap, Kedah.

Foto SMK Padang Terap, Kedah.

Tastic English Language Camp

The 3rd Fun-Tastic English Language Camp
Day : Saturday
Date : 10th February 2018
Time : 7.30 am - 4.30 pm
Target group : Form 5 students
Organiser : English Language Panel.
In support of the Highly Immersive Programme (HIP), English Language Panel of SMK Padang Terap organised the 3rd Fun-Tastic English Language Camp 2018.
While incorporating a fun learning experience, students were divided into four stations, handled by four English language teachers of SMK Padang Terap. The stations and the teachers in charge are as follows:
1) Listening and Speaking (Sir Shafiq)
2) Grammar Games (Mr. Lye)
3) Reading (Mdm. Rosnah)
4) Creative Writing (Mr. Azham).
The students had a blast and they certainly wanted for more! The teachers were glad that the students enjoyed learning the language in a fun way. Let's do this again!
Foto SMK Padang Terap, Kedah.Foto SMK Padang Terap, Kedah.Foto SMK Padang Terap, Kedah.
Foto SMK Padang Terap, Kedah.
Foto SMK Padang Terap, Kedah.
Foto SMK Padang Terap, Kedah.


Foto SMK Padang Terap, Kedah.

Wednesday, 6 June 2018

Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap atau nama ringkasnya SMK Padang Terap, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 11 Jalan Padang Sanai, Padang Terap.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap memiliki 310 pelajar lelaki dan 294 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 604 orang. Ia mempunyai seramai 54 orang guru.
Menjelang 2018, SMK Padang Terap memiliki seramai 50 orang guru.

Sejarah

Sejarah Sekolah Menengah Padang Terap (SMPT) bermula pada tahun 1985. Pada peringkat awal, SMPT menumpang di Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang sehingga pertengahan tahun 1985. Waktu itu, hanya tiga kelas iaitu 1 kelas untuk tingkatan dua dan dua kelas untuk tingkatan satu. Pada pertengahan tahun 1985, sejarah baru bermula apabila semua pelajar dan guru memulakan persekolahan di bangunan SMPT yang terletak di Kampung Pong, Kuala Nerang, Kedah.


Alamat



Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap
Km 11 Jalan Padang Sanai, Padang Terap
06300, Kuala Nerang
Kedah, Malaysia
Telefon = 6047860131
Fax = 6047865716

Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap.jpg

Friday, 16 March 2018

DASAR PELAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM

DASAR PERLAKSANAAN KEGIATAN
KOKURIKULUM
 Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.

8 Februari 2018 - Khidmat Ikhlas

Rajin betul Cikgu Razi, Cikgu Irwan dan pekerja pembersihan sekolah mencuci karpet bagi kegunaan solat untuk pelajar lelaki. Walaupun tidak...